Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41

Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 - Selepas pihak SPA Malaysia mengumumkan satu lagi Peperiksaan online, ramai calon yang mencari panduan peperiksaan penguasa kastam gred W41 ini.

Sebelum ini, peperiksaan penolong penguasa kastam gred W27 telah menjadi trending. Hal ini berikutan peperiksaan berkenaan berakhir dengan perasaan kecewa oleh majoriti calon yang terlibat. 


Tidak lama setelah itu, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengumumkan satu lagi exam online iaitu peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 yang akan diadakan pada 18 Ogos 2014. 

Jika anda antara calon yang terpilih, syabas kami ucapkan kerana anda berada di laman ini pastinya begitu bersemangat untuk mempersiapkan diri dengan pelbagai rujukan dan nota sebagai persediaan.

Ramai yang meminta kami berkongsi maklumat dan tip berkaitan kastam beserta contoh soalan peperiksaan penguasa kastam gred W41 untuk dijadikan panduan dan rujukan.

Oleh itu, bagi sesiapa yang mahukan kejayaan dalam peperiksaan penguasa kastam kali ini, boleh langgan bahan bacaan rujukan daripada kami. Pastikan anda tidak terlepas daripada panduan dan tip-tip penting nanti.

http://fbviralism.com/v/index.php?id=13

Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41

Peperiksaan Gred W41 ini dijalankan untuk memilih calon yang terbaik di kalangan terbaik bagi menjawat jawatan tersebebut. Oleh itu, setiap calon hendaklah memastikan diri lengkap dengan segala bentuk panduan dan persediaan baik fizikal mahupun mental. 

Format Peperiksaan

Soalan akan terbahagi kepada 4 seksyen iaitu 

1- Seksyen A ( Pengetahuan Am )
2- Seksyen B ( Daya Menyelesaikan Masalah )
3- Seksyen C ( Esei Bahasa Melayu )
4- Seksyen D ( Esei Bahasa Inggeris )


Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam W41


Seksyen A – Pengetahuan Am

Menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku secara umum berkaitan dengan urusan perkastaman, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, bidang sains, bidang sosial, bidang sukan, bidang agama dan lain-lain perkembangan semasa. 




Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.



ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang
menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:


Seksyen C – Esei Bahasa Melayu

Dalam seksyen ini calon diberikan isu-isu yang memerlukan pandangan tentang sesuatu masalah. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Contoh soalan: “Cara-cara untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.”

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Contohnya: “Electronic Government in Malaysia.” 

Seksyen bahagian esei ini melibatkan penulisan di mana calon diberikan 3 soalan, dan diminta menjawab salah satu daripadanya. Masa yang diperuntukan adalah 1 jam.

Ini antara contoh soalan peperiksaan penguasa kastam W41 yang dapat kami kongsikan sekarang. Rujukan yang lebih terperinci akan kami kongsikan nanti.

 Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41


Secara kesimpulannya, anda memerlukan panduan dan rujukan yang berkesan jika mahu berjaya dalam Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41 ini. Jika tidak prepare memang susah nak LULUS.

Tetapi jangan risau, panduan dan rujukan dari kami ini akan sangat membantu anda. Ingat kejayaan akan tiba jika kita berusaha bersungguh-sungguh dan berdoa. Kami juga berusaha membantu anda untuk LULUS ujian ini.

Jangan berlengah lagi, peluang hanya datang sekali untuk mengubah hidup anda. Pastikan kejayaan ini milik anda dengan membuat persiapan rapi. Bertindak sekarang dengan masukkan email di bawah ini. 

http://fbviralism.com/v/index.php?id=13

Walaupun anda perlu bersaing dengan ribuan calon yang merebut jawatan ini. Peluang anda masih besar untuk LULUS jika membuat persediaan dengan panduan peperiksaan penguasa kastam Gred W41.

0 Response to "Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41"

Post a Comment

wdcfawqafwef